Isnin, 19 Januari 2009

Legenda Datu Paduka Mat Salleh Berdasarkan Cerita Lisan

Datu Paduka Mat Salleh adalah seorang tokoh pahlawan terbilang di negeri Sabah di zaman penjajahan British. Beliau adalah seorang pahlawan dan Ketua Masyarakat yang berbangsa Suluk - Bajau. Bapanya dikenali sebagai Datu Balu dan merupakan seorang Penguasa atau Ketua di kawasan Sugut. Ibunya berbangsa Bajau dan dipercayai berasal dari Inanam. Mat Salleh adalah tokoh pejuang yang menentang penjajahan British di Sabah. Kegagahan dan kepimpinan beliau bukan sahaja ditakuti oleh pihak Britsih, malahan beliau telah melancarkan penentangan ala-gerila yang menyatukan kaum-kaum bumiputera di Sabah. Belaiu adalah Lambang Perpaduan Rakyat Sabah.

Sewaktu menentang penjajahan British beberapa orang Pahlawan Sukuan telah sama-sama bergabung dan bernaung di bawah Mat Salleh. Antaranya ialah Mat Satur ( Balanini ), Kamuntah ( Suku Illanun ), Kolindod ( Suku Rungus ), Langkap ( Dusun ), Timus ( Bajau Samah ), Pangeran Syahbandar ( Suku Brunai ) dan lain-lain lagi.

Berdasarkan Cerita Lisan yang diceritakan kepada saya oleh Tuan Imam Haji Musa Bin Tuan Imam Haji Jamaluddin (1), imam di Kampung Parapat Laut ( bersebelahan dengan Kampung limau-limauan di Kudat dan pada masa penjajahan British kampung ini adalah sebahagian dari kawasan limau-limauan ) Datu Paduka Mat Salleh bukanlah anak sebenar Datu Balu tetapi adalah anak orang halus atau bunian atau makhluk ghaib. Datu Balu telah menemui Datu Mat Salleh yang masih bayi terapung di atas buih air di sebuah Danau atau Tasik ( lokasi tasik atau danau ini biarlah menjadi rahsia saya buat masa ini ). Bayi ini telah dibawa pulang ke rumah dan dipelihara sebagai bayi manusia biasa. Bayi lelaki ini adalah seorang yang ganjil kerana bahagian atas dalam mulutnya ( alak-alak ) adalah berwarna hitam. Tanda hitam ini dikenali sebagai Pilang dan kedudukannya yang di dalam mulut dipercayai menandakan bahawa apabila dewasa kelak bayi ini akan menjadi orang gagah dan pahlawan terbilang atau dalam istilah bahasa Suluk " Babantugun " dan "Pag Kalallah " dalam Bahasa Bajau Balanini.

Mat Salleh membesar di Sugut dan Inanam bersama-sama anak-anak Datu Balu yang lain iaitu Badin, Santara dan Ali. Apabila dewasa, Mat Salleh telah berguru dengan seorang Pahlawan dan guru agama yang terkenal iaitu Tuan Haji Abdul Rahim atau dikenali juga sebagai Maharaja Untong seorang Raja di Limau-limauan, Kudat ( Ketika itu Kudat belum diasaskan dan masih menjadi sebahagian wilayah Limau-limauan di Teluk Marudu. Kegagahan dan kepahlawanan Tuan Haji Abdul Rahim sangat digeruni oleh lanun-lanun dan beliau terkenal di seluruh Teluk Marudu dan Kepulauan Sulu. Tuan Haji Japalus Bin Tuan Banggunah(2) seorang saksi hidup yang merupakan Wakil Ketua Anak Negeri ( WKAN ) di Kudat menceritakan kepada saya bahawa Ilmu Pitunang Peluru ( sejenis ilmu yang digunakan untuk menembak, memanah atau melontar dengan tepat ) Tuan Haji Abdul Rahim sangat ajaib dan ampuh. Beliau mengatakan apabila hendak menembak Payau ( Rusa ) Tuan Haji Abdul Rahim cukup hanya dengan menembak ke atas langit dan apabila telah melepaskan peluru beliau akan memerintahkan orang-orangnya untuk mengambil Payau yang telah ditelah ditembak di mana-mana sahaja tempat yang disebutnya untuk disembelih. Ilmu Pitunang milik Tuan Haji Abdul Rahim seakan mengikut niat dan ikut cakap. Jika beliau mengatakan kena di paha, maka dipahalah Payau tersebut tertembak, sebaliknya jika diperut maka diperutlah yang terkena tembakan. Tuan Haji Abdul Rahim juga seorang guru ilmu Usul dan Tasauf yang diwarisi secara turun-temurun dari Perguruan Wali Tujuh dari Sulu dan Sabah.

Datu Paduka Mat Salleh juga adalah bersepupu dengan Tuan Haji Abdul Rahim seperti yang diceritakan oleh Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun (3) dan beliau berguru dengan Tuan Haji Abdul Rahim sehingga tamat ilmu dunia dan ilmu akhirat atau ilmu kepahlawanan dan ilmu keagamaan. Datu Paduka Mat Salleh mewarisi ilmu Pitunang, ilmu Tebuan Jadian, ilmu Penunduk Naga, ilmu Pag Datu, Langkah Laksamana, ilmu Perabun, ilmu Perang Saidina Ali, ilmu Sambut Peluru dan berbagai lagi jenis ilmu kepahlawanan.

Datu Paduka Mat Salleh telah berkahwin dengan seorang Puteri Diraja Sulu ( Puteri Sultan Sulu ) yang dikenali sebagai Dayang Bandung dan akhirnya dilantik menjadi Pemerintah atau Raja di kawasan Sugut. Beliau memerintah Sugut dan menjalankan pemerintahannya di Pulau Jambongan. Segala pedagang yang berdagang di perairan Jambongan hingga ke sempadan Sandakan dan di daerah Sugut akan membayar cukai kepada beliau.


Rujukan :

(1). Tuan Imam Hj Musa Bin Tuan Imam Jalaluddin adalah seorang cicit Tuan Haji Abdul Rahim dan neneknya yang benama Aminah adalah seorang yang berbangsa Sungai Puawang di sugut dan bersepupu dengan isteri Haji Abdul Rahim yang bernama Antalas yang mempunyai kaitan keluarga dengan Pak Musa ( Pahlawan Sugut ).

(2). Tuan Haji Japalus Bin Tuan Banggunah mengatakan bahawa Haji Abdul Rahim adalah Pak Cik bapanya. Susur galur keturunannya adalah dari jurai keturunan Tuan Masaik ( Raja Islam Sulu yang Pertama ).

(3). Seperti yang diceritakan dalam Buku Malaysia Baru.

bersambung.... di cerita akan datang bagai mana Mat Salleh berperang ...

17 ulasan:

  1. mengikut cerita orang lama asal usul mat salleh dari Brunei darusalam..beliau berhijrah keborneo..maka menetap la beliau disabah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak versi orang bernama Muhamad Salleh ni yang sezaman, antaranya;
      1.Datu muhammad Salleh ( Inanam )
      2.Shahbandar Mohamad Salleh ( Karambunai )
      3. Pangeran Shahbandar Mohamad Salleh ( Brunei-Lawas ke Sabah )
      4. Pangeran Muhamad Salleh Abdul Momin ( Brunei- Sabah)

      5. Haji muhamad Salleh ( Kota Belud )
      6. Paduka Muhamad Salleh

      Padam
  2. Tumpang lalu, mohon di doakan moga mereka ini yang rupanya keturunan Shariff /Ahlul bait Rasulullah kembali kepada agama datuknya yakni Islam.. Amin

    http://jarimerdeka.blogspot.com/2013/02/panasss-jeffrey-kitingan-merupakan.html?m=1

    http://tausug-global.blogspot.com/2012/10/facebook-philippine-sabah-claim-forum.html?m=1

    Adakah Dr Jeffrey tahu latarbelakangnya sendiri? Mungkin juga Dr Jeffrey tahu salasilahnya sendiri tapi berusaha menyembunyikannya dari pengetahuan umum. Namun ahli keluarganya yang lain tidak dapat menyembunyikannya, iaitu Tan Sri Pairin Kitingan bekas hakim negeri sabah ( hakim Kadazan yang pertama) dan adiknya Datuk Dr Jeffrey Kitingan seorrang peguam terbilang dan Top 10 student semasa belajar di Havard University adalah cucu Datu Paduka Muhammad Salleh (Mat Salleh) dari isteri Dusun Tambunan bernama Siti Fatimah dlm nama islamnya. Entah bagaimana dari keturunan isteri Dusun ini kemudian berjaya dikristiankan tidaklah dapat diketahui. Mungkin setelah kehilangan Mat Salleh selepas perang Tambunan, wanita-wanita Dusun yang Islam kebanyakannya isteri-isteri pahlawan Suluk yang berjuang bersama Mat Salleh telah sembunyikan identiti sehinggalah kemudian mereka menjadi kristian.

    Ini bermakna Dr Jeffrey adalah Tausug atau Suluk secara Salasilah, sangat jelas dalam darah mereka mengalir darah Shariff kepahlawanan Tausug dari Ahlulbait Rasulullah SAW tinggal lagi orang Suluk malu menyebut keluarga Kitingan dari keluarga Rasulullah SAW kerana mereka telah dikristiankan. Saudara terdekat atau sepupu terdekat keluarga Kitingan ini ialah keluarga Tun Datu Mustapha. Kisah Tun pun sama yakni sebenarnya adalah anak Datu Paduka Mat Salleh juga dan bukannya Datu Harun spt yang kita sedia maklum. Mereka nampaknya punya keturunan dan salasilah yang sama. Perkara ini berlaku atas sebab2 keselamatan kerana semua keturunan Datu Paduka Mat Salleh di buru hingga kelubang cacing pasti di bunuh jika dapat di tangkap.

    Semua ini adalah perancangan Yahudi atas nama penjajah. Penjajah itu datang ke Nusantara antara agendanya adalah untuk menghapuskan keturunan Rasulullah yang mereka sangat tahu bahawa dari zuriat inilah akan lah akan lahir pemimpin yang Rasulullah sebut yakni Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Yahudi telah lama mengetahuinya. Seorang peramal Yahudi dari Perancis di kenali dengan nama "Nostradamus" telah menulis ramalannya lebih 200 tahun lalu seperti link berikut:

    http://keluargasambion.blogspot.com/2009/04/ramalan-nostradamus-tentang-akhir-zaman.html?m=1


    Apa yang mungkin tidak jelas bagi Dr Jeffrey ialah jalur keturunan Mat Salleh itu dari mana datangnya. Sebenarnya Mat Salleh dari keluarga Sultan Bantilan I (defender of Islam) bukan dari keluarga Sultan Azimuddin (Kiram). Maka sewajarnya beliau kembali mendokong keluarganya sendiri dari jalur Bantilan kerana Sultan Sulu yang mengapalai SSDI sekarang adalah dari keluarga Sultan Bantilan I. Saya kira beliau telah lakukan kesilapan berhubungan dengan individu yang mengaku Sultan-Sultan Sulu yang mana sultan-sultan ini tiada pengetahuan sejarah malah berkesinambungan melakukan kesilapan hingga menjadikan mereka dimusuhi oleh Tausug sendiri.

    Nampaknya sekiranya Dr Jeffrey punya perhubungan dengan keluarga Kiram seperti di atas, maka Parti Star yang dikepalai oleh Dr Jeffrey dan parti-parti yang mendokongnya seperti SAPP dan USNO Baru (peringkat penaja) tidak akan disokong olah pengundi Tausug di Sabah. Kita mengharapkan bahawa gambar di atas iaitu Dr Jeffrey bersama Sultan Muidzullail Kiram hanyalah lawatan biasa tanpa apa-apa agenda yang tidak diingini oleh Tausug dan Kesultanan Sulu (SSDI). Untuk lebih jelas eloklah Tausug sendiri yang tanya Dr Jeffrey berkenaan keturunannya serta hubungannya dengan Kiram secara lanjut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf sdra, Allah lebih. Tiada bukti dakwaan ini.

      Padam
    2. saya terlibat dalam perjuangan SSDI ( sultan sulu darul islam) setelah nenek saya ( paduka mat salleh ) datang kepada saya menyuruh menyambung dan menyertai perjuangan ini melalui mimpi.. saya melihat baginda bersama para pengikut nya menghadap ke hadapan saya..

      tidak di sangka pada hari ini saya sudah faham apa yang di sampaikan oleh baginda ( paduka mat salleh ) berkaitan akhir zaman

      Padam
    3. Tanpa Wahyu mimpi ini Saya tidak menyertai perjuangan kesultanan sulu darul islam namun segala terbongkar atas petunjuk ilahi bahawa saya di landasan kebenaran..

      hakikatnya anda semua menerima kedatangan kebangkitan islam kali kedua... terima kasih kepada nenek moyang ku paduka mat salleh memberi amanah melalui mimpi untuk masa depan BANGSA YANG HILANG DITIMUR

      Padam
  3. Benarlah kata datuk ku bhw Mat Salleh prnah juga memerintah di sugut dan paitan..sy tahu batu dmna mat salleh melompat seberang sungai ketika penjajah mengejarnya suatu masa dahulu.dan sy jga ada mndengar crta datuk bhw arwah bapa nenek sy prnah d lntik panglima smsa brsma2 dgn rombongan mat salleh menentang penjajah.sy adlh waris kpd pusaka talipinggang geliga 41 macam..dikatakan apabla tali pinggang itu dpkai akan membuat sesiapa pn yg kta temui akn tunduk hormat dan segan.prnah suatu ketika tali pinggang itu dpkai msa prbicaraan hukum gantung oleh pihak british kpd org tmptn sehingga bla arwah bapa nenek sy tba d tempat itu,dgn scra tba2 hukuman gantung dbatalkan..sekian utk kali ni saudara..

    BalasPadam
  4. rumpun ini sangat besar dan perlu ada inisiatif untuk menyusun salasilah keluarga agar kita tahu di mana asas kita bermula. generasi akan datang mungkin semakin kabur dan melupakan di mana asal mereka kerana tidak tahu nak mula dari mana..waris mat satur penyimpan pedang, tombak dan baju pusaka lama

    BalasPadam
  5. rumpun ini sangat besar dan perlu ada inisiatif untuk menyusun salasilah keluarga agar kita tahu di mana asas kita bermula. generasi akan datang mungkin semakin kabur dan melupakan di mana asal mereka kerana tidak tahu nak mula dari mana..waris mat satur penyimpan pedang, tombak dan baju pusaka lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mat Satur adalah anak saudara Mat Salleh. Hubungi saya jika berminat.

      Padam
  6. Salasilah Mat Salleh telahpun disusun oleh pihak saya.Jalurnya mulai generasi hari ini hingga ke Keturunan Lima Kesultanan iaitu Sabah, Brunei, Mindanao, Sulu,Maranao dan Temasik sehingga 30 generasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. simpan saja tarsilah itu.. bukan itu amanah paduka mat salleh kepada keturunan nya tetapi menuntut perjuangan nya kembali di tegakkan .. kami sudah di amanah hal ini sejak waktu hidup anak angkatnya

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  7. datu sangkula bermint ingin tau mngenao nm mat sator? nm penuh nya? apa kh bngsa nya..

    BalasPadam
  8. As salam datu sangkula. Boleh cari x nama pahlawan ini. Asimuddin@azimuddin bin hatai bin abd rahim pipit kepada sultan alimuddin@azimuddin lll.di bagi gelaran panglima 3 laksa. Minta balas

    BalasPadam
  9. http://taipanqqculinary.blogspot.com/2018/02/sedang-diet-ini-jenis-pancake-yang.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/02/pasangan-ldr-tetap-dapat-rayakan.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/02/jomblo-enggak-bakal-ngenes-kalau.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    BalasPadam